Perkasakan bahasa Melayu menerusi amalan membaca akhbar – KPM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi menjayakan inisiatif ini, sekolah-sekolah KPM di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

“KPM percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid,” kata kenyataan itu. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat