Dua warga Malaysia dalang penipuan pelaburan ditahan di Thailand, miliki aset RM657.90 juta

- Advertisement -

Dua warga Malaysia dalang penipuan pelaburan ditahan di Thailand, miliki aset RM657.90 juta

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahkan menangkap dua rakyat Malaysia di Thailand termasuk seorang berperanan sebagai dalang utama sindiket penipuan pelaburan yang memiliki aset bernilai lebih lima bilion baht (RM657.90 juta).

Dua rakyat Malaysia berusia 43 dan 26 tahun itu ditahan bersama tujuh lagi warga Thailand dalam beberapa siri serbuan oleh Polis Diraja Thailand di sekitar Sadao, Songkhla dan Bangkok.

Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Nichare’ ini disyaki memperdaya lebih 50 mangsa mengakibatkan kerugian 800 juta bath (RM105.26 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Thailand dalam mengesan rangkaian sindiket berkenaan di negara ini.

“Berdasarkan maklumat terbaru dari Polis Thailand, hasil tangkapan sembilan suspek terbabit, mereka kemudian menyerbu satu pusat panggilan di Bangkok dan dipercayai menahan tiga lagi lelaki warga Malaysia dan didapati memiliki rekod jenayah lampau.

“Hasil semakan awal kita (JSJK) suspek rakyat Malaysia 42 tahun ini adalah dalang utama kegiatan penipuan pelaburan Nichare di negara ini dan Thailand.

“Mereka didapati menggunakan jaringan penajaan penipuan yang sama dalam memerangkap secara transnasional di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Kemboja,” katanya dalam sidang media khas JSJK pada Khamis, lapor BH.

Ramli berkata, sejak September tahun lalu sehingga 12 Mac 2024, sebanyak 70 laporan diterima membabitkan penipuan pelaburan Nichare dengan nilai kerugian RM14,377,066.14 yang didalangi suspek terbabit.

“Daripada 70 laporan polis, JSJK sudah membuka 52 kertas siasatan selain mengenal pasti dan mengesan saki-baki rangkaian suspek di negara ini.

“Malah jalinan erat dan perkongsian maklumat antara PDRM, Polis Diraja Thailand dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dijangka dapat membanteras sindiket penipuan ini dalam masa terdekat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat