SPR perlu perjelas perkembangan undi 18 tahun

- Advertisement -

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memperjelaskan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan undi 18 tahun supaya rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaan.

“Peringkat penggubalan sudah selesai, kita sudah meminda Perlembagaan bagi membolehkan perkara (menurunkan usia mengundi) sudah berlaku.

“SPR perlu tampil membuat penjelasan, cara kerja, perjalanan dan perancangan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Ini soal peringkat pelaksanaan, prosesnya panjang. Perlukan pindaan lain, penyelarasan, pindaan undang-undang tubuh kerajaan negeri, jadi mereka perlu tampil dan perjelaskan,” katanya pada Bernama dan RTM, pada sidang media khas di kediamannya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang mendakwa negara masih belum bersedia ke arah pelaksanaan undi 18 tahun, walaupun Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa depan bakal menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik.

Reezal Merican berkata, kementeriannya tidak boleh mendahului SPR dalam mendepani isu terbabit kerana badan itu diberikan peranan dan tanggungjawab menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih, khususnya dalam menjelaskan hala tuju undi 18.

Katanya, ini termasuk dari segi pendaftaran pengundi, hak kelayakan mengundi dan menjadi calon pada usia itu.

Beliau berkata, isu undi 18 itu harus dipertahan dan dijadikan realiti kerana ia disokong 211 Ahli Parlimen dengan mengetepikan pandangan politik masing-masing, yang membawa kepada kelulusannya pada peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat