PKR tidak terjejas dengan peletakan jawatan Ahli Parlimen Kuala Langat

- Advertisement -

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terjejas dengan peletakan jawatan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli parti itu serta-merta, semalam.

Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya sudah bermesyuarat dengan pimpinan PKR Cabang Kuala Langat semalam dan beberapa keputusan sudah dicapai.

Katanya, keputusan perbincangan itu akan dibawa pada mesyuarat jawatankuasa PKR Cabang Kuala Langat yang akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Hee Loy Sian hari ini.

“Sebelum 2008, kita pernah hilang Angkatan Muda Keadilan (AMK), Timbalan Presiden dan banyak lagi.

“Tetapi alhamdulillah, parti terus kuat dan maju, malah ini resam dalam politik dan kita perlu melaluinya dengan sabar.

“Paling penting, parti kena tegas dan kukuhkan kerja kita,” katanya selepas Majlis Perasmian Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu, Pengerusi Jawatankuasa Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin negeri, V Ganabatirau.

Semalam, Xavier mengumumkan peletakan jawatan menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter rasminya.

Menerusi kenyataan itu, beliau turut mengumumkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor turut memaklumkan jawatankuasa parti itu pada peringkat Cabang Kuala Langat masih kukuh walaupun terpalit isu berkenaan.

“Setakat ini Cabang Kuala Langat masih kukuh dan kita akan umum beberapa keputusan yang sudah dicapai dalam masa terdekat,” katanya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat