Dr Akmal tak akan minta maaf kepada Kor Ming, ulang jangan sentuh hak Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh tegas tidak akan meminta maaf kepada Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming seperti gesaan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dari DAP.

Exco Melaka itu malah memberi amaran sekiranya ada sesiapa yang sentuh perkara yang sensitif terhadap orang Melayu dan Bumiputera maka Pemuda Umno tidak akan teragak-agak untuk menentang sekerasnya tidak kira siapa.

“Sendiri keluar kenyataan. Lepas tu kena bantah, kemudian konon-konon jadi mangsa keadaan.

“Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi,kerana itu tidak akan terjadi!

“Sekali lagi saya ulang, jika sesiapa yang sentuh perkara yang sensitif terhadap orang Melayu dan Bumiputera,kami tidak akan teragak-agak untuk menentang sekerasnya tidak kira siapa anda,” tegas beliau.

Terdahulu, Yu Hui menggesa Dr Akmal membuat permohonan maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ia susulan isu cadangan Kor Ming yang mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut Yu Hui, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno juga perlu bertindak terhadap Akmal kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Kor Ming telah merosakkan hubungan kerjasama antara Umno dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

“Umno tidak sepatutnya menimbulkan sentimen negatif terhadap cadangan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dalam isu ini.

“Tuduhan Umno bahawa permohonan ini akan menggugat kedudukan bumiputera adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, tapak warisan UNESCO adalah tempat-tempat yang diiktiraf oleh UNESCO dan dilindungi oleh negara-negara sedunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat