Pengurusan tertinggi Aman Palestin dihadapkan ke mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengurusan tertinggi pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Pertuduhan itu dijangka dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah syarikat, pada jam 9 pagi.

Baru-baru ini, Aman Palestin dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM berhubung pembekuan akaun pertubuhan itu bagi tujuan siasatan.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, dipetik berkata tindakan itu akan dilakukan selaras Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.

Seksyen berkenaan berkaitan pembatalan perintah membekukan harta atas permohonan orang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu.

Pada November lalu, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Siasatan dikatakan dilaksanakan susulan pelaburan meragukan dibuat Aman Palestin, menggunakan dana sumbangan orang ramai.

SPRM dikatakan turut menyiasat pembelian jongkong emas oleh Aman Palestin dengan pertubuhan itu sebelum ini memberitahu SPRM ia adalah kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat