Johor perlukan PRN kerana kelebihan satu undi susah nak lancarkan pentadbiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kemakmuran hanya akan dicapai melalui kestabilan dan ia hanya dicapai melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pilihan raya yang dilaksana adalah bagi memastikan mandat memilih kerajaan kembali kepada rakyat.

Mohamad memberitahu Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad terpaksa menasihatkan Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya PRN diadakan kerana dengan kelebihan satu undi sahaja beliau tidak dapat melaksanakan pentadbiran dengan lancar.

“Sampai bila nak ada kerajaan yang sebegini, yang sentiasa sahaja diancam, diugut kalau tak beri apa yang dia nak maka dia tak akan sokong… kerajaan begini tak dapat menumpukan untuk mentadbir apatah lagi untuk membangunkan ekonomi negeri dan rakyat sekalian.

“Itu sebab, niat BN adalah untuk membawa kestabilan, maka pada 26hb nanti penamaan calon dan pada 12 Mac hari pengundian. Kita pulangkan semula mandat kepada rakyat kerana kita tak mahu dalam keadaan begini iaitu kerajaan yang tidak ada mandat daripada rakyat,” katanya memetik UMNO Online.

Mohamad optimis berasaskan kepada pola pengundian yang ada sekarang ini rakyat sudah muak dengan perangai pemimpin lawan.

“Dulu kata kamilah yang terbaik sekali, dulu cakap kami boleh buat macam-macam, janji seribu janji… kalau saya menang tol akan dihapuskan di Simpang Renggam esok pagi, tapi ada sampai sekarang.

“Jangan percaya dengan janji-janji itu. Janji mereka tetap janji, seribu kali janji tapi tak ada yang mereka lakukan selama 22 bulan mentadbir malahan ekonomi negara menjunam jatuh. Bayangkan pula kalau mereka mentadbir negara selama satu penggal,” kata Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat