TDM patahkan cubaan 31 PATI ceroboh sempadan negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menceroboh ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand tidak berjaya apabila ditahan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Isnin.

Menurut kenyataan 2 Divisyen berkata, tangkapan PATI berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) pada jam 6 pagi.

“Pasukan TDM yang sedang melaksanakan tugasan rondaan telah mengesan sekumpulan PATI yang sedang bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sempadan dekat sini.

“TDM telah bertindak menahan kumpulan PATI tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka merupakan warganergara Myanmar yang terdiri daripada 14 orang lelaki, 14 orang perempuan.

“Selain itu, dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, ”kata kenyataan itu.

“Mereka berumur dalam lingkungan antara 2 hingga 42 tahun itu dipercayai telah memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah,”katanya.

“Turut dirampas, wang tunai, 23 buah telefon bimbit serta beberapa set perhiasan dipercayai barang kemas dengan anggaran bernilai sebanyak RM 27,885.76 keseluruhannya.

“Kesemua PATI telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya,”katanya lagi.

“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan.

“Rondaan dan kawalan akan terus ditingkatkan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI, ”ujarnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat