Kerajaan Perpaduan mungkin runtuh jika Najib jalani tahanan rumah – Faiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Titah addendum terkait tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak mengundang pelbagai implikasi ini termasuk tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur dan keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Pengasas NGO Rakan Nasionalis Moderat Anda Dr Muhammad Faiz Na’aman menjangkakan ‘pembebasan’ Najib dari penjara ke rumah akan mengundang kepada keruntuhan kerajaan semasa.

“Dari aspek implikasi politik, secara peribadi saya berpendapat, sudah tentu “pembebasan” banduan elitis dari penjara itu akan dimanfaatkan oleh para fanatiknya yang anti kepimpinan Umno-BN sekarang untuk memberi tekanan kepada Presiden Umno (yang juga Pengerusi BN) agar berundur dan keluar dari Kerajaan Perpaduan sekarang.

“Di mana ia akan menjadikan Umno-BN pihak yang meruntuhkan kerajaan semasa, menganggu kestabilan politik yang terbina pasca PRU15 dan membuatkan Umno-BN itu sendiri kembali menjadi pembangkang (minoriti) di mana Umno-BN terpaksa mencari rakan politik baru untuk membentuk kerajaan sebelum PRU16 atau selepas PRU16.

“Ketidaktentuan politik begini ini akan menganggu proses pemulihan ekonomi negara secara tidak langsung. Sudah tentu akan mendatangkan kemurkaan pihak istana juga,” ramal beliau dalam catatan di Facebooknya.

Bukan cuma itu, Faiz juga menduga “pembebasan” banduan elitis dari penjara itu juga akan turut dimanfaatkan oleh pihak pembangkang khususnya Pas-PN yang mana tujuan mereka adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengulingkan Kerajaan Perpaduan sedia ada sebelum PRU, atau dengan kata lain tebuk atap 2.0.

“Kononnya mereka berharap agar banduan elitis itu boleh mempengaruhi para fanatik yang bersimpati dengannya untuk bersama Pas-PN membentuk Kerajaan Persekutuan atau menyokong calon PM11 dari kalangan ahli Parlimen PAS-PN.

“Ini ialah “wishful thinking” Pas-PN yang kurang waras memandangkan blok Borneo sudah tentu akan menolak kepimpinan dari pihak PAS.

“Atau adakah fanatik banduan elitis itu rela melihat Presiden Umno sekarang menjadi PM11? Yang pasti banduan elitis itu masih tidak boleh bertanding PRU dan perlu menghabiskan sisa hukumannya dalam tahanan,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat