Kalau tak faham isu sensitif Islam, Melayu lebih baik jangan jadi pemimpin – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan Ketua DAPSY Woo Kah Leong bahawa gesaan beliau agar polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) bukan soal menjadi hero.

Sebaliknya tegas Dr Akmal, kelantangan beliau soal apabila ada orang cuba menipu dan mengkhianati kepercayaan orang Islam untuk menjual produk dengan menipu label halal walaupun hakikatnya mereka tidak dapat langsung sijil halal dan ini juga adalah salah disisi undang-undang.

“Saya juga mahu ingatkan ketua DAPSY ni, ini bukan soal jadi hero.

“Ini soal apabila ada orang cuba menipu dan mengkhianati kepercayaan orang islam untuk menjual produk dengan menipu label halal walaupun hakikatnya mereka tidak dapat langsung sijil halal dan ini juga adalah salah disisi undang-undang.

“Adakah DAPSY juga menyokong tindakan yang salah di sisi undang-undang ni? soal beliau.

Menurut Adun Merlimau itu, apa yang lebih penting ini soal tanggungjawab seorang Muslim kepada yang lain untuk menyampaikan perkara yang betul.

“Kalau tak faham soal sensitif orang Islam dan Melayu di tanah air ini,lebih elok jangan jadi pemimpin!

“Pergi jual sandwich ham lebih bagus lah bro,” bidas Dr Akmal lagi.

Sebelum itu, Ketua DAPSY Woo Kah Leong berkata, sebagai pemimpin kerajaan, Dr Akmal sepatutnya berusaha untuk menurunkan suhu politik yang dinaikkan oleh pembangkang dengan niat untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk.

Akmal bahkan diingatkan agar tidak bertindak sebagai batu api untuk memecahbelahkan masyarakat.

Janganlah sesekali mencuba untuk mengapi-apikan bahang dan berlagak hero.

“Pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut.

“Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja,” katanya .

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat