KUALA LUMPUR, 14 Januari 2025 – HONOR sekali lagi mencetuskan fenomena dalam dunia teknologi dengan pelancaran telefon pintar flagship AI terbaik tahun 2025, HONOR Magic7 Pro. Untuk meraikan inovasi terbarunya, HONOR akan mengadakan roadshow eksklusif selama lima hari di Sunway Pyramid, bermula dari 15 hingga 19 Januari 2025. Acara ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat teknologi dengan pelbagai aktiviti menarik, tawaran istimewa, dan peluang memenangi hadiah lumayan.
HONOR Magic7 Pro hadir sebagai simbol kecanggihan teknologi AI. Di zon pengalaman khas yang disediakan semasa roadshow, pengunjung berpeluang mencuba sendiri pelbagai ciri AI yang ditawarkan oleh peranti ini. Antaranya termasuk teknologi AI Deepfake Detection yang membolehkan pengguna mengesan dan mengatasi video palsu dengan mudah, serta AI Interpreter yang membantu memecahkan halangan bahasa. Selain itu, sistem kamera AI Falcon dengan ciri AI Super Zoom membolehkan pengguna merakam gambar dan video dengan kualiti luar biasa, manakala teknologi ketahanan peranti turut dipamerkan kepada pengunjung.
Keseronokan di roadshow ini tidak terhenti di situ sahaja. Bagi mereka yang menyukai kejutan, HONOR menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM65,000 kepada pembeli peranti HONOR Magic7 Pro atau mana-mana produk HONOR lain dengan jumlah pembelian minimum RM1,000. Hadiah yang ditawarkan termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2, HONOR Haylou Watch, dan HONOR Earbuds X3. Hadiah saguhati seperti beg sandang, kipas elektrik, dan payung eksklusif turut disediakan, memastikan setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong.
Pengunjung juga berpeluang menikmati ais krim percuma selepas menyertai aktiviti menyeronokkan yang diadakan sepanjang acara ini. Sementara itu, pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR Magic7 Pro sehingga 16 Januari 2025 boleh menikmati pelbagai hadiah percuma bernilai RM2,096, termasuk HONOR Watch 5, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, jaminan tambahan selama setahun, serta pelan penggantian satu-ke-satu selama 180 hari.
HONOR Magic7 Pro ditawarkan dalam dua pilihan spesifikasi – 12GB RAM dengan 512GB storan pada harga RM4,599, serta 16GB RAM dengan 1TB storan pada harga RM5,199. Dengan tiga pilihan warna premium iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black, peranti ini bukan sahaja mengagumkan dari segi prestasi tetapi juga menyerlahkan gaya elegan.
Selain ciri AI yang canggih, HONOR Magic7 Pro juga menampilkan skrin HONOR AI Eye Comfort Display yang direka untuk keselesaan mata, bersama teknologi pengecasan pantas yang mampu mengisi bateri besar 5,850mAh melalui 100W Wired SuperCharge atau 80W Wireless SuperCharge. Dengan sistem operasi MagicOS 9.0 dan cip Snapdragon 8 Elite Mobile Platform, peranti ini memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke Sunway Pyramid, roadshow ini akan diteruskan di lokasi lain iaitu IOI City Mall, Putrajaya dari 5 hingga 9 Februari, dan Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 19 hingga 23 Februari.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro dan roadshow ini, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri revolusi teknologi AI terkini ini!