Genting Highlands, – Tahun 2025 menandakan satu pencapaian penting bagi Resorts World Genting (RWG) sempena meraikan enam dekad kejayaan sebagai sebuah destinasi resort bersepadu yang unggul. Sepanjang tempoh ini, RWG telah menjadi resort yang menawarkan pelbagai detik kegembiraan, keseronokan, dan kenangan indah yang sangat dihargai oleh berjuta-juta pengunjung dari seluruh dunia. Kejayaan yang luar biasa ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan teguh daripada para pengunjung yang terus memilih RWG sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
Sebagai penghormatan kepada pencapaian ini, Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam, berkata, “Dalam meneruskan legasi 60 tahun dalam mencipta kenangan bermakna buat para pengunjung, RWG berbangga memulakan sambutan Jubli Intan ini dengan ‘Tahun Baharu Cina di Puncak Awan’, menawarkan pelbagai acara menarik, persembahan yang menakjubkan dan ganjaran yang luar biasa.
Permulaan Gemilang: Sambutan Tahun Baharu Cina di Puncak Awan RWG akan memulakan tahun istimewa ini dengan sambutan meriah, Tahun Baharu Cina di Puncak Awan, bermula 10 Januari hingga 16 Februari 2025. Sertai pelbagai aktiviti menarik dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai RM1.8 juta yang menanti anda!
Tarikan Utama Sambutan Tahun Baharu Cina:
Kiraan Detik Tahun Baharu Cina di Arena of Stars pada 28 Januari Sertai kami di Arena of Stars untuk meraikan saat gemilang Tahun Baharu Cina yang penuh meriah dari jam 6 petang hingga 1 pagi.
Nikmati persembahan hebat yang pasti memukau, termasuk tarian yang mempesona, sesi bertemu peminat, gabungan muzik menggegarkan oleh DJ Von dan MC Silent, persembahan orkestra Cina, perarakan Tahun Baharu Cina yang meriah, aksi Kung-Fu yang mendebarkan, dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan sambutan ini sepenuhnya.
Rebut & Menang Hadiah Lumayan Bernilai RM1,288,888 Sertai acara menarik Auspicious Grab & Win! dari 29 Januari hingga 16 Februari di Madison Square pada jam 6 petang hingga 11 malam! Dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM60 atau jika anda berusia 60 tahun ke atas, anda layak menerima satu penyertaan percuma.
Masuk ke dalam Mesin Wind Chamber dan kumpul sebanyak mungkin kad bertuah dalam masa 15 saat! Semakin banyak kad yang anda kumpul, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama yang menakjubkan, termasuk pakej pelayaran, penginapan di hotel mewah, eksklusif Tahun Baharu Cina, baucar makanan & minuman, dan juga syiling emas.
Golden Hour Rebut & Menang Bar Emas Tulen Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam acara ekslusif pada hari Sabtu 1, 8, 12 dan 15 Februari 2025, dan rebut peluang memenangi Bar Emas Tulen dan hadiah hebat yang lain.
Berbelanja RM600 atau lebih dalam satu resit dan daftarkan diri di Madison Square antara jam 6 petang hingga 7:30 malam untuk mengesahkan penyertaan anda.
Acara ini akan berlangsung dari jam 8:30 malam hingga 9:30 malam. Rebut peluang untuk menjadi antara lima peserta terbaik yang berpeluang mengumpul hadiah terbanyak dalam masa 15 saat dan menangi pelbagai hadiah menarik!
Belanja dan Menang Hadiah Bertuah
Sertai kempen Belanja dan Menang Hadiah Bertuah yang berlangsung dari 1 Januari hingga 28 Februari 2025, yang menawarkan ganjaran menarik kepada ahli setia Genting Rewards dan ahli baru. Pengunjung hanya perlu berbelanja di tempat-tempat selain daripada kawasan permainan untuk mengumpul Genting Points (GP) dan menebus baucar bagi menyertai aktiviti Touch & Win.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini atau Genting Rewards, kunjungi Kaunter Genting Rewards di Aras 3, SkyAvenue. Kaunter ini dibuka setiap hari dari jam 9:30 pagi hingga 10:30 malam.
Cabaran Menjejak Kejayaan
Raikan Tahun Ular dengan Cabaran Menjejak Kejayaan, sebuah permainan moden yang menghidupkan kembali kenangan permainan klasik “Ular dan Tangga”, kini dengan hadiah
menarik.
Para pengunjung hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM288 dengan maksimum dua resit di lokasi terpilih untuk melayakkan diri menyertai Cabaran ini! Hanya kemukakan resit anda di Kaunter Maklumat di Aras 1, Zouk Atrium, SkyAvenue, dan mainkan dadu maya untuk memajukan langkah anda di papan permainan digital yang menyeronokkan! Setiap langkah yang diambil akan membuka peluang untuk ganjaran menarik, dengan perbelanjaan lebih tinggi memberikan peluang lebih besar untuk bermain dan memenangi hadiah lumayan.
Raikan Ren Ri dengan Lou Sang Amal tertinggi di Malaysia, setinggi 6,000 kaki, pada 4 Februari Sertai kami untuk pengalaman Lou Sang di ketinggian 6,000 kaki dari atas paras laut pada jam 3 petang atau 6 petang. Hanya dengan RM88 untuk dua orang, nikmati hidangan istimewa seperti Yee Sang segar, nian gao rangup dan bola pulut bijan manis.
Jadikan sambutan anda lebih bermakna kerana sebahagian daripada hasil kutipan akan
disalurkan kepada rumah kebajikan tempatan. Marilah bersama-sama kita kongsikan
kegembiraan, kemakmuran, dan makna yang mendalam pada musim perayaan ini!
Hiburan dan Peluang Bergambar Tanpa Henti
Kimhua Atrium menawarkan pelbagai pertunjukkan menarik setiap hari dari 10 Januari hingga 16 Februari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Antara tarikan utama termasuk sesi bergambar bersama Wira-Wira Genting Highlands, pertunjukan tarian singa, persembahan orkestra Cina secara langsung, serta pertunjukan tarian Choy San Yeh dan tarian pari-pari.
Semasa berada di sana, jangan lepaskan peluang untuk meneroka tiga bilik imersif yang mana setiap ruang memberikan peluang untuk merakam kenangan berharga yang dapat dikongsikan bersama insan tersayang, baik yang dekat mahupun jauh, sempena musim perayaan ini.
Madison Square di Taman Tema Genting Skyworlds turut meriah dengan perayaan dari jam 6 petang hingga 11 malam, dan dilanjutkan hingga 1 pagi pada 28 Januari. Nikmati persembahan setiap malam, pertunjukan bertemakan Tahun Baharu Cina, permainan interaktif, gerai makanan, serta suasana karnival yang meriah sambil menikmati udara luar yang sejuk.
Akhir sekali, pastikan anda mengunjungi patung ular yang menarik di luar SkyCasino, simbol keberuntungan untuk tahun yang akan datang.
Persembahan Perayaan Tahun Baharu Cina di Arena of Stars dari 29 Januari hingga 2
Februari Saksikan persembahan yang menakjubkan di Arena of Stars sepanjang lima hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, pada jam 3 petang, 6 petang dan 8 malam. Saksikan kemunculan Choy San Yeh (Dewa Kemakmuran), persembahan tarian dewi dan aksi tarian singa yang mengujakan.
Pakej Makan Malam Eksklusif Tahun Baharu Cina dan Hidangan Istimewa Raikan Tahun Ular dengan pakej makan malam eksklusif Pra dan Selepas Tahun Baharu Cina, yang tersedia dari 2 Januari hingga 31 Mac 2025. Nikmati pengalaman istimewa bersama orang tersayang dengan set Oriental lapan juadah istimewa disertai penginapan yang boleh menjadikan perayaan ini lebih bermakna.
Dapatkan Pakej Prosperity yang menawarkan sajian menyelerakan bersama lima bilik jenis Standard atau Deluxe di First World Hotel, bermula pada harga RM2,880 setiap meja, atau tempah Pakej Longevity yang menyediakan hidangan makan malam yang menyelerakan dan lima bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana, bermula dari RM2,680 setiap meja.
Untuk tempahan, sekurang-kurangnya lima meja diperlukan, tertakluk kepada ketersediaan, terma dan syarat. Bagi tempahan atau pertanyaan, sila emel ke meetings- [email protected]. Jadikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih istimewa.
Meriahkan perayaan anda dengan hidangan istimewa yang menawarkan Sajian Kemakmuran di Genting Palace, Cha Chaan Teng, High Line, Burger & Lobster, Taiko Ramen, dan FUHU.
Pilih dari pelbagai sajian istimewa seperti Sau Kong Cau. Yee Sang, Poon Choi, hidangan à la carte, dan bufet mewah. Setiap restoran menyajikan pelbagai pilihan menarik untuk memikat selera anda.
Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds yang Terbaharu
Raikan Jubli Intan Genting SkyWorlds dengan Pas Tanpa Had yang baharu! Dahulunya dikenali sebagai Pas Tahunan, pas yang dikemas kini ini menawarkan akses tanpa had, pilihan yang fleksibel, dan pengalaman yang lebih hebat, hanya dengan RM302! Nikmati keseronokan tanpa henti 365 hari, dengan lawatan tanpa had, tiga tempahan Virtual Queue percuma untuk setiap lawatan, serta kebebasan untuk meneroka taman tema pada bila- bila masa sepanjang 2025.
Hentian Istimewa Menanti Anda di Resorts World Awana
Sambut Tahun Baharu Cina dengan penuh ketenangan di Resorts World Awana, destinasi percutian yang menawarkan gabungan aktiviti budaya, bengkel kreatif, dan hidangan yang pasti memikat selera.
Bermula Januari 2025, para tetamu boleh menikmati pengalaman budaya Cina yang menarik melalui pelbagai aktiviti sesuai untuk semua peringkat umur. Hias pokok bertuah
untuk menyambut kemakmuran, pelajari seni kaligrafi Cina dengan ungkapan positif atau cipta ular bertuah dan pokok bunga sakura yang melambangkan kebijaksanaan dan pembaharuan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Cabaran Membuat Tang Yuan pada hari pertama dan kedua Tahun Baharu Cina! Tunjukkan kemahiran memasak anda dan berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyediakan bola pulut manis tradisional.
Sambut Tahun Baharu Cina di Resorts World Awana dengan pelbagai pakej hidangan istimewa yang sesuai untuk pertemuan keluarga dan rakan-rakan. Nikmati pakej Pra-Tahun Baharu Cina yang menawarkan penginapan satu malam di lima Bilik Superior Deluxe dan makan malam 8 hidangan untuk sepuluh orang pada harga RM2,680. Untuk pilihan makan malam yang lebih santai, set makan malam 8 hidangan juga disediakan pada harga RM1,688. Bagi sambutan yang lebih mesra, pilih Set Makan Malam Hotpot Reunion yang sesuai untuk empat hingga enam orang pada harga RM688. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan manis bersama orang tersayang!
Waktu Operasi Kereta Kabel Dilanjutkan
Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets, yang sebelum ini dikenali sebagai Awana SkyWay, serta Stesen Chin Swee, akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari mulai 30 Januari hingga 6 Februari 2025. Nikmati sambutan Tahun Baharu Cina yang meriah di puncak dengan pengalaman yang penuh makna!
Waktu operasi khas akan dilanjutkan dari jam 7 pagi hingga 1 pagi pada 28 Januari, 29 Januari dan 2 Februari 2025 bagi meraikan Hari Keputeraan Dewa Chin Swee.
Sempena sambutan Bai Tian Gong pada 5 Februari 2025 di Tokong Gua Chin Swee, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga jam 1:30 pagi bagi memastikan pengunjung dapat menikmati perayaan dengan lebih selesa.
Kereta Kabel Genting Gohtong Jaya yang sebelum ini dikenali sebagai Genting SkyWay akan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam sepanjang 29 Januari hingga 6 Februari 2025. Nikmati pengalaman perjalanan yang menakjubkan sempena musim perayaan ini! Tahun ini merupakan permulaan yang mengujakan dengan pelbagai acara dan kejutan yang bakal tiba. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan Jubli Intan yang bermakna, hanya di RWG.
Untuk maklumat terkini, kunjungi laman web rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi kami. #RWGDiamondJubilee #RWG60thAnniversary #CutiCutiGenting