Gag order titah addendum tak sepatutnya dibuat, itu dokumen awam – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan titah addendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, tidak sepatutnya dibuat.

Sebagai pengamal undang-undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.

“Apa yang saya boleh katakan adalah pada pandangan peribadi saya, tidak sepatutnya dibuat gag order kerana pertama, ia akan menjadi dokumen awam.

“Kedua, Parlimen akan bersidang pada bulan depan dan semua ini pastinya akan dibangkitkan semula,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Politic Financial International Conference 2025, lapor BH pada Selasa.

Bagaimanapun, Azalina berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) mungkin mempunyai alasan undang-undang tertentu untuk membuat permohonan berkenaan.

“Apabila (permohonan itu) dihantar kepada mahkamah, kita serah kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan kita hormati keputusan itu,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan gag order bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan kes titah addendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang ditemui di lobi mahkamah memberitahu media pihaknya akan memfailkan perkara itu pada 20 Januari ini.

Ditanya alasan permohonan itu, Shamsul memaklumkan ia adalah untuk melindungi Institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat