Muhyiddin nafi dakwaan curi wang parti, sifatkan dakwaan dalam sebuah potongan video sebagai tidak berasas

KUALA LUMPUR, – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah, seperti yang tular menerusi sebuah video.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Muhyiddin menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai tuduhan liar berbentuk sangkaan yang sama sekali tidak berasas.

Menurut beliau, sepanjang penglibatannya dalam parti, beliau tidak pernah mencuri wang parti dan semua sumbangan disalurkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung.

“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung,” katanya.

Muhyiddin berkata dakwaan sedemikian berkemungkinan dibuat susulan maklumat tidak benar yang diperoleh daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir seharusnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terbuka.

“Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya,” jelasnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan fitnah terhadap dirinya.

Walaupun demikian, beliau menegaskan tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua dan mengakui hubungan mereka selama ini adalah akrab, termasuk sokongannya terhadap usaha bekas Perdana Menteri itu dalam memperjuangkan perpaduan orang Melayu.

“Atas dasar itu, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” katanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat