Johari Ghani sedia lepaskan jawatan dalam Petugas 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi yang baru dilantik, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata beliau akan terus memimpin Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB (pemulihan aset) untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Insya-Allah, pada masa ini, saya masih (memimpin jawatankuasa),” katanya kepada wartawan selepas secara rasmi memulakan tugasnya di kementerian hari ini.

Kembalinya Johari sebagai Menteri Persekutuan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rombakan Kabinet semalam.

Apabila ditanya sama ada akan ada pengganti bagi jawatannya dalam jawatankuasa, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, menjawab: “Jika ada sesiapa yang cukup berani untuk mengambil cabaran (memimpin jawatankuasa), maka lakukanlah, lapor BH.

Anwar telah mengumumkan pelantikan Johari untuk memimpin jawatankuasa itu pada bulan Mac tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, bersetuju dengan kebimbangan dan kritikan yang dikemukakan oleh Johari mengenai perjanjian penyelesaian Malaysia dengan Goldman Sachs berkenaan 1MDB.

Johari, yang juga bekas menteri kewangan kedua, pada Februari, telah mendesak kerajaan untuk menyiasat mereka yang terlibat dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.

Johari mempersoalkan mengapa pentadbiran kerajaan ketika itu hanya bersetuju untuk AS$2.5 bilion (RM10.7 bilion) daripada Goldman Sachs sedangkan bank itu telah berjaya mengumpulkan bon bernilai AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) pada tahun 2012 dan 2013.

Beliau juga mempersoalkan peranan peguam yang mewakili 1MDB dan mengapa mereka bersetuju untuk jumlah yang kurang.

Pada tahun 2020, kerajaan yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs membabitkan bank pelaburan itu membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan menjamin pulangan US$1.4 bilion dalam aset 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa di seluruh dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat