J-KOM dipindah dari JPM ke Kementerian Komunikasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, susulan rombakan Kabinet dan perubahan fungsi beberapa kementerian.

Selain J-KOM, katanya, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures serta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dikekalkan di bawah Kementerian Komunikasi.

“Ada satu agensi yang dibawa masuk ke dalam Kementerian Komunikasi ialah J-KOM.

“Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Pada 27 November lalu, kerajaan tidak berhasrat melakukan perubahan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata J-KOM tidak akan dipindahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana ia baru saja berpindah ke JPM pada 2021.

“Keputusan memindahkan JKOM ke JPM dibuat pada 2021 ketika Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memegang jawatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Indera Mahkota (Datuk Seri Saifuddin Abdullah) adalah Menteri Komunikasi.

“Setakat ini, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah J-KOM masih kekal di bawah JPM. Sekiranya pada masa akan datang Perdana Menteri berhasrat pindah balik J-KOM ke Kementerian Komunikasi, kita akan ikut arahan Perdana Menteri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat