Cincin arwah ibu pengubat rindu DJ Lin

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyampai radio popular, DJ Lin, 47, bersyukur apabila cincin peninggalan ibunya, Allahyarham Puteh Jantan, 80, yang meninggal dunia pada Jun lalu menjadi peneman dan pengubat rindu.

Lin berkata, sepatutnya dua bentuk cincin yang dimiliki ibunya perlu diberikan kepada individu yang menguruskan jenazahnya, namun tidak menyangka apabila hanya seorang saja yang hadir dan berpeluang memilikinya.

“Cincin saja satu-satunya peninggalan arwah ibu saya. Walaupun saiznya sedikit besar, tetapi saya tetap nak pakai. Bila pakai cincin ini saya anggap arwah ibu berada dekat dengan saya.

“Kami bukanlah keluarga yang berharta. Ibu saya cuma tinggalkan dua bentuk cincin saja tetapi arwah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia minta agar dua bentuk cincin ini diberikan kepada orang yang mandikan jenazahnya nanti.

“Kebiasaannya orang yang memandikan jenazah ada dua orang tetapi pada hari itu yang datang cuma seorang kerana seorang lagi tak dapat hadir kerana ada urusan lain.

“Jadi, adik-beradik saya yang lain berpakat untuk memberikan sebentuk lagi cincin yang tinggal kepada saya kerana mereka tahu saya sangat rapat dengan arwah ibu.

“Saya sungguh terharu kerana ada juga peninggalan arwah ibu yang boleh saya simpan. Biarpun jasadnya sudah tiada, tetapi apabila saya pakai cincin ini, saya rasa semangatnya bersama saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat,”katanya.

Menurut Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, bukan mudah untuk menerima hakikat apabila kehilangan ibu tercinta dan amat merindui ibunya.

“Hubungan saya dengan mak memang rapat. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana keadaan arwah mak di sana. Saya sering cakap pada diri, saya nak ikut mak. Itu antara harapan saya sebenarnya. Saya tak kisah andai Allah makbulkan permintaan ini. Saya nak teman mak saya.

“Saya rasa apa yang saya lalui di dunia ini sudah cukup. Anak-anak pun sudah besar dan saya sudah berikan yang terbaik untuk mereka. Tinggal mereka cuma perlu terus berjuang dalam hidup. Saya sudah tiada apa-apa lagi untuk dikejarkan di dunia ini.” katanya sambil mengalirkan air mata.

Menurut Lin, dia reda dengan pemergian ibunya dan sentiasa berpegang teguh serta percaya dengan ketentuan Ilahi.

“Bukan nak kata saya tak cukup kuat untuk mengharungi dugaan ini, tetapi disebabkan hubungan saya dengan arwah mak sangat rapat sehingga menyebabkan saya terasa ingin menemani dia di sana.

“Bukan sebab saya dah tak terdaya nak berhadapan dengan dugaan hidup. Selagi kita bernyawa, dugaan tetap ada,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat