“Hubungan Saya Dan Zahid Masih Hangat” – Hadi Awang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan kata-kata beliau sebelum ini tidak ditujukan kepada parti UMNO seperti yang telah disalah erti sebaliknya, memberitahu orang-orang dalam UMNO yang langgar Piagam Muafakat Nasional (MN).

“SAYA tak kata UMNO, (tapi) saya kata ada orang-orang dia yang langgar,” Hadi berkata demikian merujuk kepada kenyataannya sebelum ini mengenai UMNO telah melanggar piagam MN.

Hadi sebaliknya berkata, kenyataannya bukan ditujukan atas nama parti UMNO secara kolektif.

Semetara itu, ditanya lanjut siapa yang ditujukan beliau sebagai individu-individu yang melanggar piagam Muafakat Nasional, Hadi hanya berkata:

“Saya tak tuju pada sesiapa. Saya tembak dalam gelap. Kalau kena-kenalah siapa dia,” katanya sambil ketawa kecil.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Nerus malam tadi yang turut dimuat naik di Facebooknya.

Jawapan berkias Hadi itu turut mengundang ketawa kecil beberapa pimpinan PAS yang turut sama berada dalam sidang media berkenaan.

Ditanya wartawan hubungan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa dingin,Hadi berkata, “saya rasa masih hangat”.

“Di Parlimen kami sama-sama duduk dekat. Susunan kerusi Parlimen sebelah saya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.

“Saya duduk tengah-tengah jadi pendamai antara semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Hadi sekali lagi menyatakan piagam Muafakat Nasional bertujuan menyatukan orang Melayu dan Islam.

Justeru, katanya, ia mesti melibatkan Bersatu dan juga pertubuhan lain yang membawa aspirasi sama.

Bagaimanapun apabila ditanya apakah beliau akan menawarkan Parti Amanah menyertai Muafakat Nasional, Hadi berkata, ia tidak akan berlaku selagi sesuatu parti itu ada kerjasama dengan DAP.

Katanya, Muafakat Nasional hanya melibatkan parti-parti dan pertubuhan yang sederhana tetapi DAP adalah sebaliknya.

“Kita anggap DAP adalah ekstrem. Sehingga hari ini Amanah masih bersama DAP. DAP anggap apa kita buat ekstrem, sampai pakai tudung jadi isu sedangkan mereka yang ekstrem.

“Jadi kita tak terima selagi ada hubungan (dengan DAP),” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat