“Kita tak merayu keputusan 40 peratus hasil itu tapi tanggapan Persekutuan bertindak tidak berperlembagaan sejak 1974 perlu dipadam” – Anwar

KUALA LUMPUR – Rayuan kecacatan terhadap alasan penghakiman berhubung hak 40 peratus hasil Sabah dibuat bagi mengelakkan tanggapan bahawa Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1974 bertindak di luar Perlembagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kenyataan dalam alasan penghakiman pada 17 Oktober lalu didapati boleh menimbulkan salah faham terhadap pentadbiran terdahulu.

“Kita tidak merayu keputusan berhubung 40 peratus hasil itu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan. Namun perlu memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman yang mengandungi kenyataan bahawa kerajaan bertindak irrational atau unconstitutional sejak 1974.

“Ia penting supaya tidak wujud tanggapan bahawa semua kerajaan sejak 1974 bertindak di luar Perlembagaan,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang menyatakan rasional di sebalik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membuat rayuan Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peritus hasil sebaliknya merayu atas alasan kecacatan dalam isu yang lain.

Dalam pada itu, Anwar berkata, alasan penghakiman yang mendakwa kajian semula pemberian khas selepas 2021 menyalahi undang-undang dan tidak rasional serta mengaitkan kesilapan besar kerajaan sejak 1974 seolah-olah menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Ini seolah-olah menghukum semua kerajaan daripada era Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hinggalah sekarang termasuk kerajaan negeri Sabah di bawah Tun Datu Mustapha dan Tun Fuad Stephens,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, tindakan kerajaan hanya tertumpu kepada memperbetulkan alasan penghakiman tersebut dan bukannya komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat