2 Dis ini hari akhir Tengku Zafrul jadi Menteri MITI

KUALA LUMPUR- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkuat kuasa 2 Disember 2025.

“Hari terakhir saya di MITI adalah pada 2 Disember ini kerana sudah tidak menjadi anggota Dewan Negara,” katanya ketika Taklimat Media Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025 pada Khamis.

Ketika ditanya mengenai adakah beliau akan terus kekal di dalam kerajaan sebagai penasihat kanan, Tengku Zafrul berkata, perkara itu adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bergantung kepada Perdana Menteri. Ketika ini belum ada perbincangan rasmi tetapi saya ada menyatakan kesediaan untuk terus membantu pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malah, saya juga akan membantu proses peralihan yang diperlukan dengan Menteri MITI baru yang bakal dilantik kelak,” katanya memetik BH.

Mengenai penggantinya kelak, Tengku Zafrul enggan mengulas lanjut dan secara berseloroh turut bertanyakan soalan sama kepada media yang hadir.

“Siapa Menteri MITI baharu, saya tidak tahu. Mungkin anda media lebih tahu,” katanya.

Sebelum menyertai Kabinet, beliau berkhidmat lebih 22 tahun dalam industri perbankan dan perkhidmatan kewangan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, serta Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga di Indonesia.

Tengku Zafrul dilantik ke jawatan menteri dalam kapasiti sebagai seorang senator.

Beliau memulakan penggal kedua sebagai anggota Dewan Negara pada Disember 2022, yang merupakan jumlah maksimum penggal yang dibenarkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat