Terjah MRSM didakwa buka aib, Asyraf akui lebih malu dipersoal Allah kelak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak menanggap inisiatifnya melakukan kunjungan mengejut ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai membuka aib institusi pendidikan tersebut.

Beliau malah menegaskan, sepatutnya selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) beliau lebih malu kerana MRSM adalah di bawah kendaliannya.

“Ada kata saya buka aib apabila terjah MRSM.

“Kalau buka aib, sepatutnya saya Pengerusi paling malu kerana MRSM bawah saya.

“Lebih baik malu sekarang daripada dipersoal Allah atas segala kepincangan,” tegas Asyraf.

Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan peruntukan tambahan akan disalurkan terutamanya bagi menaik-taraf fasiliti maktab bagi memastikan agenda transformasi MRSM ini benar-benar berkesan dan berimpak tinggi.

“Sebelum berlepas ke Abu Dhabi, sempat mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai laporan agenda transformasi menyeluruh MRSM yang digerakkan oleh Pasukan Khas yang saya bentuk dan diketuai oleh Ahli Majlis MARA Tan Sri Muhammad Ibrahim (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia).

“Banyak dapatan yang saya kongsikan juga berasaskan isu-isu yang saya sendiri perolehi daripada siri-siri #TerjahMRSM dan lawatan mengejut ke MRSM-MRSM seluruh negara.

“Apa yang penting peranan MRSM untuk melahirkan generasi kepimpinan pewaris negara dalam pelbagai bidang dengan adunan kurikulum bersepadu yang menitik beratkan pembangunan insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi mesti diperkasakan.

“Ini juga memerlukan persekitaran yang kondusif termasuk keadaan fasiliti Maktab dan pemakanan pelajar mesti berada dalam keadaan terbaik. Sebarang cadangan dan maklum balas sentiasa dialu-alukan,” ujar Asyraf.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat