Peruntukan pembangkang: Ingat rakyat nampak kerajaan tak adil – Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan pimpinan Kerajaan Perpaduan agar bersikap adil kepada pembangkang sekali gus tidak menganggap parti lawan sebagai musuh.

Beliau memberitahu gerak-geri dan tindak-tanduk kerajaan akan dinilai oleh rakyat.

“Saya berpendirian asasnya keadilan, saya menganggap perlu dibina sistem demokrasi yang sihat di negara kita.

“Jangan anggap parti lawan itu musuh, bukan. Mereka adalah saingan politik, kita bersaing untuk dapatkan sokongan rakyat berdasarkan polisi masing-masing.

“Jadi peruntukan Parlimen saya berpendapat, bagilah sama adil, semua dapat dan diinstitusikan iaitu perlu ada undang-undang Parlimen, kita gubal iaitu sesuatu setiap ahli Parlimen berhak mendapat sekian-sekian, tak payah nak ada perjanjian persefahaman (MoU) dan ini satu reform yang ke depan.

“Kalau masalah kekangan kewangan, kita bermulalah beritahu, okey ahli Parlimen pembangkang mungkin tak dapat sepenuhnya kita beransur-ansur tengoklah keadaan ekonomi kita, pada akhirnya sebaiknya adil,” syor beliau dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Hassan malah mengkritik inti pati MoU yang meletakkan syarat agar pembangkang tidak menjatuhkan kerajaan, hal ini dianggap sebagai tidak perlu.

“Kalau kerajaan sekarang ini Kerajaan Perpaduan, PH sebagai tulang belakang melaksanakan reform ini, akan disambut oleh rakyat dan akan disambut oleh pihak pembangkang.

“Tak payah bagi dia syarat, dia mesti nak pertahankan kerajaan ini, jangan jatuhkan…tak perlu. Ini akan membuatkan suasana politik pun akan menjadi lebih damai. Kita berbalah, kita berbeza dari segi dasar, pendekatan.

“Memang ada peruntukan kawasan, itu belanjawan negara tapi ahli Parlimen ini dia ada untuk peruntukan kawasan dia, surau, masjid sekolah dan ini amat bermakna dan boleh diluluskan segera,” ujar beliau.

Tanpa berselindung, Hassan akui kecewa dengan pendekatan kerajaan hari ini.

“Kita tunjukkan prinsip keadilan kita, tunjukkan terutama dalam PH itu baik PKR, DAP dan Amanah, eh apa sebenarnya perjuangan kita?
bukankah nak menegakkan keadilan?

“Kalau institusi di Parlimen pun kita bermula tak adil, macam mana? rakyat nampak, jadi saya kecewa patutNya perkara ini boleh dilaksanakan,” kata Hassan lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat