Pemergian Daim sepatutnya disanjung kerana sumbangan dan perjuangannya – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad akui sedih dan terkilan dengan pemergian sahabat baiknya Tun Daim Zainuddin yang bersamanya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemergian Allahyarham sepatutnya disanjung kerana sumbangan dan perjuangannya namun pada akhir hayatnya Daim diherdik tanpa sebab hanya kerana dendam.

“Daim meninggal dunia pagi ini.Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan, tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab kerana dendam.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam? soal Dr Mahathir dalam catatannya pada Rabu.

Sementara itu beliau berdoa agar Allahyarham Daim diberikan keadilan dan ditempatkan sebagai pejuang bangsa.

“Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan. Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.

“Saya hanya mampu berdoa, akan kita bersama kembali di masa tertentu,” ucap Dr Mahathir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat