Orang Melayu masih tak berjaya sebab budaya mereka – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu sehingga kini tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan kerana ‘budaya’ yang dibawa.

Memetik laporan Sinar, Dr Mahathir berkata, budaya yang dimaksudkan ialah bangsa Melayu tidak menekankan pentingnya untuk berusaha memajukan diri mereka.

“Ini kerana mereka berpendapat sudah cukup dengan apa yang ada.

“Adalah beberapa orang Melayu yang berjaya, tetapi tidaklah menyeluruh walhal kita lihat bangsa-bangsa lain hampir kesemua berjaya sehingga komuniti mereka lebih ke depan daripada orang Melayu.

“Walaupun kita dapati ada beberapa orang Melayu yang telah rebut peluang dan berjaya tetapi bilangan mereka masih sedikit,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, sebelum ini orang Melayu tidak masuk dalam bidang perniagaan dan perusahaan pada mulanya kerana tiada peluang dan tempat.

“Bila kita adakan peluang wujudkan tempat, mereka akan berjaya.

“Malangnya apabila saya dewasa, berkuasa dan bekalkan peluang serta adakan kemudahan, Melayu masih tak berjaya. Kenapa Melayu tak berjaya? Sebab budaya mereka,” katanya.

Dalam laporan sama, mengulas mengenai warga asing yang kini mendominasi peluang-pekerjaan di sektor tertentu, Dr Mahathir berkata, apabila rakyat sendiri tidak sanggup bekerja maka orang (warga asing) datang kerana mereka melihat banyak peluang di Malaysia.

“Migrasi mereka disebabkan oleh kita tak boleh buat kerja-kerja tertentu dan mereka sanggup bekerja walau kerja itu berat ataupun berbahaya.

“Hasilnya hari ini mereka jadi orang berjaya dan umumnya orang Melayu kurang berjaya daripada kaum-kaum yang mendatang,” jelasnya.

Beliau mengambil contoh orang Jepun sanggup buat apa sahaja kerja hingga orang asing tidak datang ke negara itu kerana tiada peluang.

“Bila kita wujudkan peluang tapi tak nak kerja, maka orang asing masuk.

“Akhirnya mereka menuntut untuk diberi hak dan saya khuatir hak mereka makin meningkat, hak kita akan berkurangan serta kita akan hilang negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat