Aplikasi Whatsapp Ahli Parlimen kena godam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Sejak seminggu lalu, saya terima banyak panggilan dan mesej bertanyakan apakah betul saya ingin meminjam wang.

“Pada awalnya saya tidak pasti mengapa, namun tidak lama selepas itu baru saya sedar, aplikasi WhatsApp saya digodam,” kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim.

Katanya, panggilan telefon daripada beberapa rakan menyebabkan dia terpanggil untuk memeriksa apakah sebenarnya yang berlaku.

Menurutnya, sebelum itu panggilan menerusi telefonnya tidak seperti biasa, namun menyangkakan ia disebabkan masalah rangkaian.

Selepas itu, talian tidak boleh digunakan langsung dan dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya.

“Keadaan itu menyebabkan urusan kerja terganggu dan terpaksa memaklumkannya di Facebook,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslan berkata, ia adalah kejadian pertama yang berlaku ke atas dirinya dan berharap ia akan menjadi iktibar untuk semua.

“Sebelum ini, saya dengar kisah rakan-rakan ahli Parlimen lain, hari ini saya pula jadi mangsa.

“Buat masa ini, nombor telefon saya sudah ditukar baharu, sementara menunggu siasatan pihak berkuasa,” katanya. – Hmetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat