CYBERJAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini tampil menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM90,000 kepada 450 keluarga di daerah Hulu Langat yang terjejas dalam kejadian banjir kilat pada 3 November lalu.
Peruntukan bantuan itu diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar mukim dan kawasan Hulu langat merangkumi Dusun Tua, Sungai Serai dan Kg.Dusun Nanding.
Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang telah dikenal pasti terkesan dengan musibah itu
“Hasil maklumat yang diterima, difahamkan secara keseluruhan seramai lebih 1,460 keluarga memerlukan bantuan yang rata-ratanya merangkumi keperluan asas danpelbagai lagi keperluan lain bagi kelangsungan hidup,” katanya.
Sesi penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Turut serta hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, penyerahan bantuan itu merupakan satu aktiviti kemasyarakatan seiring dengan keprihatinan kerajaan dalam memfokuskan kesejahteraan rakyat serta membantu membantu mereka yang memerlukan khususnya yang ditimpa bencana.
“Inisiatid sebegini merupakan mediaum terbaik bagi pihak YBR sendiri untuk mendekati masyarakat serta mengeratkan ukhuwah sllaturrahim di kalangan masyarakat setempat,” ujarnya. – SuaraTV