Sambut Deepavali Dengan Meriah, Patuh SOP Yang Ditetapkan – PM

Lebih Molek Jika Muhyiddin Dan Bersatu Kembali Ke Pangkuan UMNO – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti...

Tolak kempen “Sawit Anugerah Tuhan” adalah Islamofobia

KUALA LUMPUR – Bantahan penukaran kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” didakwa mencetuskan bibit-bibit Islamofobia dalam negara sendiri. Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh...

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, penganut Hindu di negara ini tetap merayakan Deepavali yang akan disambut esok dengan meriah, walaupun dalam keadaan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Sambil menzahirkan ucapan Selamat Hari Deepavali, Perdana Menteri turut mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam negara, dengan berkongsi kemeriahan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia.

“Rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya, tradisi dan adat resam masing-masing yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk yang aman, harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Deepavali 2020 yang disiarkan di laman Facebook rasminya hari ini.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia berbilang kaum agar berganding bahu menghadapi cabaran getir yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

“Pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini. Bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cerah buat kita semua,” katanya.

Beliau juga menasihatkan supaya penganut Hindu yang meraikan pesta cahaya itu, agar mengelak daripada bersalaman atau berhimpun, dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.

“Sambutan Deepavali tahun ini agak berbeza kerana ia berlangsung ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Kes-kes harian yang dicatatkan pada masa ini agak tinggi sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (di beberapa negeri) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak ini di dalam komuniti kita,” katanya.

Perdana Menteri juga berharap masyarakat beragama Hindu akan tetap meraikan perayaan Deepavali dengan meriah di rumah bersama anggota keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.

“Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Tolak kempen “Sawit Anugerah Tuhan” adalah Islamofobia

KUALA LUMPUR – Bantahan penukaran kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” didakwa mencetuskan bibit-bibit Islamofobia dalam negara sendiri. Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

Suhakam Zahir Kekecewaan Terhadap Parlimen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kekecewaan kerana Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 tidak dibahaskan di Parlimen tahun ini. Suhakam dalam satu...