Panggil YB Lebih Sesuai, Tak Perlu Guna Gelaran Saudara Mara – Adibah Noor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kemudi pentadbiran kerajaan sebilangan ahli politik yang menggunakan gelaran tertentu agar lebih ‘mesra’ kepada rakyat.

Membahasakan diri dengan gelaran kekeluargaan mendapat reaksi pelakon dan penyanyi, Adibah Noor.

Antara gelaran kekeluargaan yang digunakan termasuk ‘abah’, ‘pak long’, ‘pak su’ dan pelbagai lagi.

Menerusi ciapan Twitternya, Adibah menyeru ahli-ahli politik tanah air menghentikan penggunaan ‘gelaran kekeluargaan’ itu kerana kedengaran janggal malah ia juga dikatakan sebagai tidak profesional.

“Kepada ahli-ahli politik rasanya kami lebih selesa panggil kalian YB (Yang Berhormat) atau dengan gelaran dan nama kalian.

“Sudah-sudahlah membahasakan diri kalian sebagai saudara mara kami. Jika ini adalah idea pegawai PR (perhubungan awam) anda, beritahu mereka untuk anda rujuk diri anda sebagai ‘saya’. Itu sudah memadai,” katanya,

Kini beberapa gelaran telah diberikan kepada beberapa menteri yang mana kebiasaan diguna pakai dalam sesebuah keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat