Kit Siang Desak MP Bintulu Dilucut Jawatan Duta Khas PM Ke China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing seharusnya disingkirkan daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke China susulan serangan peribadi kepada Ketua Pengarah Kesihatan, kata Lim Kit Siang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar turut mempertikai peranan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba yang didakwanya gagal mempertahankan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kit Siang dalam satu catatan Facebook berkata, kenyataan daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Noor Azmi Ghazali semalam yang mengatakan tindakan mengecam kredibiliti dan pengorbanan Noor Hisham dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19 dalam negara sebagai satu perkara yang tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab ini hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya mengenai peranan Menteri Kesihatan dalam perkara yang sama.

“Apabila seorang Menteri Kesihatan tidak mampu untuk mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan beliau, apakah gunanya Menteri Kesihatan ini?” soal Penasihat DAP itu.

Dalam pada itu, Kit Siang juga menyifatkan Ahli Parlimen Bintulu sebagai pengecut kerana sebagai seorang ahli Parlimen sejak lima penggal pemimpin itu sepatutnya tahu bukannya Ketua Pengarah Kesihatan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai apa-apa perkara yang berlaku dalam Kementerian Kesihatan.

“Mengapa menyerang Ketua Pengarah Kesihatan tetapi membiarkan Menteri Kesihatan terlepas melainkan jika terdapat elemen politiking,” katanya.

Kit Siang juga mempertikaikan kenapa King Sing tidak mempersoalkan Perdana Menteri yang bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap pengendalian wabak Covid-19 dalam negara memandangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara berhadapan dengan wabak Covid-19.

“Penting untuk diingat, yang King Sing mendapat sokongan penuh UMNO dalam serangan beliau kepada Dr Noor Hisham.

“Tindakan King Sing yang cuba mengatakan Dr Hisham mahu menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah satu serangan yang bersifat jahat dan peribadi,” kata Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat