Najib Dedah Bank Untung, Semua Mampu Lanjut Moratarium Hingga Jun 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tidak mudah berputus asa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus memperjuangkan lanjutan moratarium pinjaman bank.

Malah beliau menyatakan keyakinan bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

Beliau mendedahkan sepanjang pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi tempoh 10 tahun lalu, bank-bank di Malaysia diberi ruang bukan sahaja meningkatkan keuntungan, malah turut mengukuh serta memiliki daya ketahanan kewangan semakin tinggi setiap tahun.

“Laporan-laporan media terkini yang saya lampirkan di sini memetik penganalisis kewangan dan Bank Negara masih penuh yakin bahawa bank-bank akan terus mencatat keuntungan biarpun negara masih dalam krisis Covid biarpun mereka memberi moratorium pinjaman selama enam bulan.

“Bagi suku kedua tahun 2020 (dari Mei ke Jun), semua bank dalam Malaysia kekal mencatat keuntungan walaupun ia dalam tempoh tiga bulan paling sukar di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling ketat,” catatnya di Facebook.

Najib menyenaraikan keuntungan semua bank yakni Maybank RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b); CIMB RM277 juta (RM1.51b);
RHB Bank RM400 juta (RM615 juta);Public Bank RM1 bilion (RM1.33b); Alliance Bank RM104 juta (RM77 juta)

Manakala, Hong Leong Bank RM525 juta (RM469 juta); Ambank RM365 juta (RM391 juta); Affin Bank RM67 juta (RM156 juta) dan Bank Islam RM153 juta (RM195 juta).

“Sebab itu, saya yakin bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

“Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain memberi ruang untuk mereka menggunakan wang dalam tangan bagi perbelanjaan harian.

“Namun, peminjam yang mampu membayar sila terus membayar ansuran pinjaman,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat