Mat Sabu Umum Amanah Sepakat Tak Sokong Belanjawan 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu tegas menyatakan kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas.

Memetik laporan Astro Awani, Mohamad berkata, keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara.
“Kita, parti Pejuang pun bercakap, UMNO pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong),” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Bekas Menteri Pertahanan itu memberitahu Belanjawan 2021 itu tidak menepati beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh PH.

Menurut laporan itu lagi, Amanah hari ini turut mengumumkan untuk mengekalkan Asmuni Awi sebagai Pengarah Pilihan Raya Amanah untuk Pilihan Raya Umum ke -15 akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat