LightUpBlue@Putrajaya: Bagaimana frontliner di Sabah nak nikmati limpahan cahaya biru? – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika tidak dinyalakan lampu biru di Putrajaya, mungkin frontliners akan rasa terabai dan tidak dihargai lagi,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu bagaimanapun dengan nada sinis mempersoalkan bagaimana petugas barisan hadapan di Sabah boleh menikmati limpahan cahaya lampu biru itu di Putrajaya sebagai tanda mereka dihargai.

“Hari ini saya dengar Timbalan Menteri Kesihatan I telah rasmikan LightUpBlue@Putrajaya di mana bangunan dan persekitaran di Putrajaya akan dinyalakan lampu biru sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada jururawat dan frontliners.

“Mujur ada program ini untuk menghargai semua petugas kesihatan. Jika tidak dinyalakan lampu biru di Putrajaya, mungkin frontliners akan rasa terabai dan tidak dihargai lagi,” catat beliau di Facebook.

Syed Saddiq turut mendedahkan situasi sebenar petugas kesihatan, yakni di Sabah, ada frontliners yang terpaksa pakai kenderaan 4×4 sendiri dan ambil pesakit di pendalaman untuk dibawa ke hospital.

“Tapi, mungkin frontliners Sabah juga dapat menikmati limpahan cahaya lampu biru di Putrajaya sebagai tanda mereka dihargai.

“Syabas Timbalan Menteri Kesihatan I,” ujar Syed Saddiq.

Beliau berkata demikian, kerana acara berkenaan dianjurkan ketika wabak Covid-19 menyaksikan kekurangan kemudahan kesihatan di seluruh negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat