Guan Eng Jangka PRU15 Tahun Depan, PH Perlu Bersedia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan pengisytiharan darurat seperti dimahukan mungkin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan.

Dalam temu bual program “Breakfast Grille” di stesen radio BFM hari ini, Guan Eng berkata, kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan cuba mendapatkan isytihar darurat dan melaksanakan pemerintahan melalui ketakutan.

“Jika mereka (PN) gagal dapatkan pengisytiharan darurat yang dimahukan, untuk memerintah menggunakan ketakutan, saya fikir mereka melihat (untuk mengadakan) pilihan raya tahun depan

“ Suka atau tidak, kita perlu bersedia kerana jelas kerajaan berhasrat mengadakan pilihan raya tahun depan,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Hal demikian ujarnya, Pakatan Harapan (PH) juga harus bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada masa itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat