Kerajaan Tak Cekap, Banduan Pun Boleh Tegur – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbukti tidak cekap sehingga banduan boleh tegur di Dewan Rakyat, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana negara seorang yang disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara menasihati kerajaan tentang soal pentadbiran negara.

Memetik video wawancara The Malaysian Insight, Dr Mahathir berkata ucapan Datuk Seri Najib telah mencemar Dewan Rakyat.

“ Di mana mana juga dalam dunia ini kita tidak dapat seorang banduan yang dah dikenakan hukuman penjara datang ke dewan dan menasihat kerajaan, ini luar biasa.

“Cuma Malaysia saja yang boleh berbangga bahawa banduan pun boleh nasihat kerajaan, ini menunjukkan kerajaan ini tidak cekap sehingga banduan pun boleh tegur.

“Inilah yang menjadikan dewan kita tercemar kerana perbuatan ini, Datuk Seri Najib ialah seorang banduan, tidak pernah dalam sejarah negara kita seorang banduan menasihati kerajaan bagaimana nak memerintah negara,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, Najib mempunyai latar belakang pemerintahan yang tidak baik kerana rasuah dan beberapa kebobrokan lain.

“Dan dia pula bukan mempunyai latar belakang yang baik semasa pemerintahan Datuk Seri Najib lah yang negara ini dirosak sehingga menyeluruh hutang besar, pentadbiran yang terlibat rasuah dan sebagainya.

“Jadi kalau kita terima nasihat orang ini, hasilnya kita tahu apa yang berlaku. Sebaliknya kita sepatutnya tak perlu dengarlah nasihat daripada orang ini kerana latar belakangnya, pencapaian semasa dia memerintah amat buruk sekali cukup buruk sehingga sukar bagi kita memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,” ujar Dr Mahathir.

Bahkan, beliau juga memberitahu tidak ada apa yang baik dalam cadangan Najib tersebut dalam perbahasan Belanjawan 2021.

Membalas dakwaan tersebut, Najib sekadar menganggap Dr Mahathir menyimpan dendam kesumat terhadapnya.

“Pendapat seorang pejuang dendam kesumat bagi perbahasan belanjawaan 2021 saya,” catatnya ringkas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat