DUN Pahang Bubar Hari Ini – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran DUN Pahang telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kata Wan Rosdy pada Sidang Media Khas, di Wisma Sri Pahang, sebentar tadi.

Pembubaran DUN Pahang bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Tengku Hassanal telah berkenan agar DUN Pahang Ke-14 dibubarkan berkuat kuasa pada hari ini.

“Tarikh hari ini dipilih bagi membolehkan pembentangan serta perbahasan mengenai Belanjawan 2023 Negeri Pahang disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Turut hadir pada Sidang Media Khas itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan semua anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat