Manifesto PH Kali Ini Tak Janji Melangit Dah

- Advertisement -

PETALING JAYA – Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lagi menabur janji tinggi melangit sebaliknya bersandarkan kepada usaha mencuba sebaik mungkin untuk menunaikannya.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, PH kali ini tidak mahu lagi janji panjang berjela dengan manifesto melangit seperti PRU14 lalu.

“Kita (PH) tak mau panjang-panjang (manifesto), kita tak mau janji melangit lagi.

“Kita janji macam dalam al- Quran. PH akan cuba sedaya upaya, kita akan cuba sebaik mungkin,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

Menurut beliau, teras utama manisfesto PH bagi PRU15 ini berteraskan kos sara hidup, mutu pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaaan dan hentikan rasuah.

“Rasuah tak boleh berhenti kalau dah jadi budaya.

“Kita akan luncurkan manifesto sewaktu Konvensyen PH di Ipoh pada 2o Oktober ini,” katanya.

Sebelum ini PH teruk dikecam kerana gagal menunaikan janji manifesto PRU14.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat