Adnan Yaakob Seorang ‘Mentor’, Tokoh Politik Yang Banyak Jasa: MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengangap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob adalah seorang mentor dan guru beliau dalam gelanggang politik.

Menurut Wan Rosdy, Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang jugalah tokoh yang telah memimpin dan memberi dorongan dirinya melangkah ke gelanggang politik, dan gurunya sepanjang beliau mentadbir negeri Pahang.

”Paling mengharukan saya adalah tatkala pengumuman persaraan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang Ke-14, yang saya anggap sebagai guru dan mentor saya dalam dunia politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri.

”Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kekanda saya, yang amat saya kasihi dan hormati, iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob

”Beliau jugalah tokoh yang telah memimpin dan memberi dorongan saya melangkah ke gelanggang politik, dan guru saya sepanjang saya mentadbir negeri Pahang tercinta ini.”Kata Wan Rosdy pada hari terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Ke-14 pada penggal ini.

Ujar Menteri Besar Pahang itu lagi, rakyat Pahang pasti akan merindui kelibat beliau dalam gelanggang politik tanahair dan sempat menyampaikan serangkap pantun kepada Adnan Yaakob.

Biji Selasih, Bunga Seroja,
Gugur Menimpa, Akar Meranti,
Terima Kasih, Dato’ Sri Diraja,
Atas Segala, Jasa dan Bakti.

Dalam pada itu, Wan Rosdy merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah memberi kerjasama yang terbaik serta menyertai sesi perbahasan dengan penuh matang demi kebaikan sekalian rakyat Pahang.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat