Filem prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul, Adi Putra, Beto

- Advertisement -

Bangi: Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan pengarah berkaliber, Syamsul Yusof serta dua pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy tidak akan terbabit dalam pembikinan karya prekuel Mat Kilau, akan datang.

Abdul Rahman ditemui berkata, ketiadaan dua pelakon itu kerana watak mereka tiada kena mengena dengan jalan cerita prekuel Mat Kilau yang terbaharu nanti, manakala Syamsul pula kerana dia mahu memberi peluang kepada pengarah lain.

“Tak dinafikan, bagaimanapun memang ada beberapa pelakon dari filem Mat Kilau sebelum ini sudah ditawarkan watak, kecuali Adi Putra dan Beto kerana karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini.

“Apapun, yang pasti kami tiada masalah dan konflik. Cuma kali ini, saya mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan,” katanya ditemui pada majlis Studio Kembara santai bersama media.

Mengulas mengenai apakah ketiadaan tiga tunjang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu disebabkan hubungan keruh yang pernah berlaku di antara mereka sebelum ini, Abdul Rahman menafikannya.

“Saya tegaskan di sini, di antara kami semua memang tiada masalah dan bersikap profesional. Tetapi, kami memang sudah lama tidak berkomunikasi kerana masing-masing sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mendedahkan prekuel filem Mat Kilau yang baharu itu bakal menjalani penggambaran pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Menjawab juga mengenai pembahagian bonus kepada semua pasukan kerja filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman berkata dia akan melakukan beberapa fasa sebelum agihan imbuhan.

“Bagi fasa pertama, saya akan membawa pelakon mengerjakan umrah, manakala fasa kedua pula saya akan menyumbangkan dua buah mesin dialisis untuk kegunaan masyarakat dan kemudian barulah kita (Studio Kembara) akan memberikan ‘imbuhan’ yang jumlahnya berdasarkan prestasinya,” katanya.

Terdahulu, Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 23 Jun lalu mendapat kutipan lebih RM97 juta, sekali gus mencipta rekod sebagai karya tempatan yang mencapai kutipan tertinggi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat