Zarina Zainuddin terkilan ‘anak syurga’ dihina

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin tersinggung dan terkilan apabila ada individu tergamak menghina anak istimewanya dengan melakukan suntingan di laman Wikipedia.

Katanya, perkara itu dikongsikan sendiri oleh Azal atau Muhammad Raizal Azrai, 26, yang menunjukkan paparan keratan berkenaan kepadanya.

Menurut Zarina, dia hanya mampu memeluk kedua-dua putera kembarnya dan memujuk mereka kerana tergamam.

“Azal hantar pada saya, ibu ada orang, tulis di wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni.

“Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil tak gila. Azal dan abang Azil anak istimewa, anak istimewa.

“Allah ada, biar orang kata apa Allah ada, kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulisnya di Instagram.

Ibu kepada empat cahaya mata itu memuat naik video berkaitan keratan yang diambil dari laman Wikipedia bersama latar belakang muzik syahdu.

Menerusi entri berkenaan, antara deskripsi ditulis pihak tidak bertanggungjawab itu adalah ayat melampau seperti ‘anak gila yang suka tantrum (mengamuk) dan ‘penghuni neraka’.

Selain Azal dan kembarnya, Muhammad Razil Azrai yang juga autisme, Zarina turut dikurniakan dua lagi anak lelaki, Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.

Daripada semakan Harian Metro, laman ensiklopedia berkenaan telah disunting semula.

Sementara itu, ramai pengikut serta rakan artis mengutuk perbuatan tersebut termasuk Sharnaaz Ahmad, Catriona Ross dan Fasha Sanda.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat