‘Pelakon tak ada IG pun kami okay!’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd sedia bekerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai media sosial atau tiada pengikut di Instagram bagi membintangi karya terbitan mereka.

Pengarah urusan dan penerbitnya, Muhammad Razlan Ismail berkata, pihaknya lebih mengutamakan kualiti dan kepuasan dalam menghasilkan sesebuah karya.

“Pada saya idea daripada kami. Apabila kita buat sesuatu cerita, kami sudah fikirkan siapa yang boleh bawa dan selepas itu buat pemilihan. Kalau kebetulan artis itu mempunyai pengikut atau ‘followers’ ramai okay lah. Kalau tak, kami okay juga.

“Macam Dream At Work kami ikut proses ‘pitching’. Dalam masa sama, kami juga buat produk akhir atau ‘finish product’ yang mana lebih kepada karya kita dan apa yang kita nak.

Kalau pelakon itu kosong pengikut sekali pun, tapi berbakat tidak ada masalah. Tidak ada IG sekali pun, kami okay,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, Razlan berkata pihaknya sedang dalam perbincangan dengan sebuah stesen televisyen untuk menayangkan telefilem terbitan syarikatnya yang hampir keseluruhan menampilkan pelakon tidak ada nama atau bukan dalam kalangan pelakon sedia ada.

“Kami ada satu produk akhir iaitu telefilem berjudul Jersi 45 yang mana pelakon utama dalam telefilem ini semua tidak dikenali sama ada di kalangan kanak-kanak termasuk ibu bapa mereka. Kecuali beberapa pelakon yang memegang watak ibu bapa lain seperti Azhan Rani, Wan Sharmila dan Kazar.

“Malah ada pelakon yang kami ambil dari rumah anak yatim. Pendek kata, dalam telefilem ini sebahagian besar pelakon yang tidak ada nama. Tidak ada siapa menentang untuk buat cerita ini. Alhamdulillah, perbincangan dengan stesen TV berkenaan pun positif. Kami bukan nak buktikan sesuatu, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kedua, tidak mustahil pun nak buat perkara ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat