Shiera tak terlintas tarik diri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tak perlulah tarik diri… Saya biarkan sahaja pencalonan itu. Kalau sampai umur 60 tahun, orang fikir saya masih relevan untuk dicalon… Silakan.”

Itu pendirian calon Top 5 kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Sharifah Shahirah yang berbesar hati terpilih bersaing dengan 19 calon awal acara anugerah ini hingga bergelar finalis.

Biarpun tidak pernah membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular, penyampai radio Suria FM ini tidak pernah terlintas menarik diri daripada ABPBH 34.

Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mahu terus memberi kerjasama kepada ABPBH selagi dirinya dianggap masih layak dan relevan untuk disenaraikan sebagai calon.

“Kalau daripada segi lakonan, sekiranya mahu berhenti sekalipun, saya tak akan cakap kepada orang ramai, saya mahu tarik diri.

“Apa saja mengenai penarikan diri atau berhenti dari apa yang saya buat, saya tak akan umumkan.

“Bagi saya, kalau sudah tiada, tiadalah, tidak perlu hendak umumkan. Sebab nanti esok lusa, datang balik. Tak lawak ke seperti itu?” katanya kepada BH Online.

Justeru, Shiera meluahkan rasa syukur apabila BH dan peminat masih merasakan dirinya relevan dalam industri radio selepas sekali lagi dipilih sebagai calon Top 5 bagi kategori Penyampai Radio Popular.

“Saya terkejut sebab maknanya, saya masih relevan walaupun sudah berusia hampir 50 tahun. Ini juga disebabkan ramai yang pernah memenangi anugerah ini, sudah tidak dicalonkan lagi.

“Saya dari dahulu dicalonkan hingga sekarang, biarpun tidak pernah menang. Saya adalah artis yang sudah lebih 10 tahun dicalonkan (pada ABPBH) tetapi tidak pernah menang dan masih ada lagi senarai pencalonan,” katanya.

Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari itu tidak menafikan kecewa apabila tidak pernah berjaya memenangi trofi Penyampai Radio Popular ABPBH.

“Ada rasa kecewa. Apabila tengok orang lain menang, kita pun ada memikirkan bagaimana kita mahu menang. Apatah lagi, apabila tengok artis senior seperti Ifa Raziah menang, terfikir juga bagaimana cara hendak menang.

“Mungkin saya tidak berkomunikasi dengan peminat atau disebabkan saya tiada kelab peminat. Tapi saya tetap ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah lama dicalonkan tapi masih boleh menang seperti Siti Nordiana. Saya tidak menafikan dia ada kelab peminat yang kuat,” katanya.

 

Shiera bersyukur BH dan peminat masih merasakan dirinya relevan dalam industri radio selepas sekali lagi dipilih sebagai calon Top 5 bagi kategori Penyampai Radio Popular. - Foto IG Shiera
Shiera bersyukur BH dan peminat masih merasakan dirinya relevan dalam industri radio selepas sekali lagi dipilih sebagai calon Top 5 bagi kategori Penyampai Radio Popular. – Foto IG Shiera

 

Bagaimanapun, Shiera bersyukur biarpun tidak mempunyai kelab peminat, dirinya masih menjadi pilihan dan suaranya masih didengari.

“Saya tetap bersyukur, orang masih lihat saya di Instagram (IG) dan mendengar di Suria FM biarpun saya tidak ada ramai peminat.

“Saya suka membuat orang tersenyum, jadi tak mengapalah tidak menang. Memang ralat juga tidak menang, tapi mungkin rezeki saya di situ sahaja.

“Selagi sihat untuk menghiburkan orang, saya sudah cukup bersyukur. Ada tempat saya, tidak perlu hendak dengki dengan orang.

“Walaupun tidak pernah menang, kerja saya masih berjalan dan sebagainya,” katanya.

Shiera juga berbangga tiga penyampai di Suria FM berjaya menempatkan diri dalam kalangan Top 5 Penyampai Radio Popular pada edisi kali ini.

“Ini sudah terbukti ramai orang mendengar Suria FM apabila saya, DJ Lin dan Tyzo dicalonkan.

“Mungkin saya layak disebabkan sokongan peminat DJ Lin dan Tyzo. Terus terang saya katakan, saya tidak ada kelab peminat.

“Kalau peminat itu adalah, tapi tapi mungkin mereka tidak suka untuk membuat kerja undian ini. Jadi, mungkinlah kelayakan saya ini atas menumpang undian peminat DJ Lin dan Tyzo,” katanya.

Selain DJ Lin dan Tyzo, Shiera bersaing dengan Jep Sepahtu dan Siti Elizad dalam kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 34.

Mula berlakon dalam filem Imigran pada 1993 memegang watak pelayan restoran sebelum dilamar Aziz M Osman untuk filem Femina pada tahun yang sama.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat