Ubat Darah Tinggi Diberi Kepada Najib Formula, Kandungan Sama – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kononnya Hospital Kuala Lumpur (HKL) menukar ubat tekanan darah tinggi Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menyatakan bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diberikan KKM kepada Najib adalah ubat generik iaitu ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama dengan ubat yang dibeli Najib di hospital swasta sebelum ini.

“(Datuk Seri) Najib diberikan ubat bagi tekanan darah tinggi tetapi dia diberi ubat generik iaitu ubat yang sama.

“Dia dulu ambil ubat original sebab dia beli daripada hospital swasta, bila dirujuk ke HKL tentunya kita berikan ubat-ubatan yang diberi di hospital kerajaan, ubat itu sama, formulasi sama tapi bentuk generik. Macam kita ambil Panadol atau ambil PCM generik, itu ubat sama.

“Jadi tuduhan bahawa ubat itu ditukar seolah-olah memberi gambaran bahawa ubat yang berbeza, tidak benar,” jelas Khairy dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Tegas Khairy lagi, KKM memberikan ubat sama tapi ia generik, bukan ubat original tetapi ubat generik.

“Generik ini adalah sama bagus dan memang kandungannya sama dengan ubat original,” kata Menteri Kesihatan itu lagi.

Khairy berkata meskipun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu pertukaran ubat ini semalam namun masih terdapat tuduhan.

“Tadi ramai yang memberi komen kenapa perlu kita buat kenyataan menjelaskan dan sebagainya.

“(Penjelasan ini) penting sebab terdapat tuduhan daripada pegawai dan juga ahli keluarga Najib bahawa seolah-olah ubat itu ditukar kepada ubat yang lain, tuduhan itu adalah tidak benar dan dah disebut dalam kenyataan Dr Noor Hisham semalam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat