Kit Siang Harap Hishammudin Telus Seperti Tun Hussein Tubuhkan RCI LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang berharap Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin mengikut jejak langkah bapanya Tun Hussein Onn untuk bertindak telus dalam pentadbiran.

Kit Siang memuji Tun Hussein yang digambarkannya sebagai seorang Perdana Menteri yang tegas dan telus sewaktu pentadbirannya sebelum ini dengan membentangkan Kertas Putih di Parlimen pada tahun 1979 mengenai skandal Bank Rakyat yang melibatkan RM65 juta.

Hal demikian, beliau berharap Hishammuddin anak Perdana Menteri ketiga itu juga melakukan perkara sama dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan membentangakan cadangan itu di Kabinet esok.

“Sekiranya bapa Hishammuddin, Perdana Menteri ketiga Negara, Tun Hussein Onn, masih hidup hari ini, dia pastinya tidak mempunyai sebarang keraguan untuk membentuk RCI untuk menyiasat skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

“Tun Hussein telah membentang satu Kertas Putih di Parlimen pada tahun 1979 mengenai skandal Bank Rakyat yang melibatkan RM65 juta. Skandal LCS ini 140 kali ganda lebih besar berbanding dengan skandal Bank Rakyat pada tahun 1977, dan akan menjadi semakin besar sekiranya perolehan enam buah kapal ini memakan peruntukan yang lebih besar.

“Adakah Hishammuddin ini berbeza dengan bapanya? soal Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataannya pada Selasa.

Kit Siang mempersoalkan adakah Hishammuddin akan membentang cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal LCS kepada Kabinet esok atau adakah beliau sudah berputus asa dengan idea RCI untuk skandal LCS ini?

“Pada 16 Ogos, Hishammuddin telah berjanji kepada Dewan Negara untuk membentangkan cadangan pembentukan RCI untuk menyiasat skandal LCS ini dalam mesyuarat Kabinet pada esok harinya.

“Selepas mesyuarat Kabinet pada 17 Ogos 2022, Hishammuddin mengatakan yang beliau telah memenuhi janjinya untuk membawa cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat isu LCS kepada Kabinet, tetapi lebih banyak perbincangan dan masa diperlukan sebelum keputusan dapat dibuat. Beliau mengatakan, perkara ini masih dalam proses yang melibatkan semua pihak, terutamanya menteri.

“Sudah tentu, saya tidak boleh mendedahkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tapi perkara ini perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Apabila disoal oleh media mengenai jangkaan masa untuk keputusan Kabinet, Hishammuddin mengatakan yang pada masa itu, Yang di-Pertuan Agong berada di luar negara dan masih ada perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang,” ulas Kit Siang lagi.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet esok berjalan kira-kira sebulan selepas persidangan Dewan Negara yang lepas dan mesyuarat ketiga terakhir sebelum Dewan Rakyat bersidang semula pada 3 Oktober.

“Sudah ada lebih dari cukup masa untuk Hishammuddin untuk mengumumkan sama ada dia akan meminta Kabinet untuk membuat keputusan mengenai RCI untuk menyiasat skandal LCS ini, atau adakah Hishammuddin sendiri telah berputus asa dengan cadangan ini?

“Saya telah berikan Hishammuddin 20 sebab mengapa perlunya ada RCI untuk menyiasat skandal LCS.

“Sudah ada empat orang Perdana Menteri dan enam orang Menteri Pertahanan dalam 15 tahun yang lepas dan setiap seorang dari mereka ini boleh memberikan maklumat mengenai skandal LCS dengan memberikan keterangan di hadapan RCI ini.

“Namun, tanggungjawab terhadap skandal LCS ini terletak kepada tiga orang bekas Menteri Pertahanan di antara tahun 2007 sehingga 2018.

“Saya percaya yang dua orang Menteri Pertahanan ini, Datuk Seri Najib Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari tahun 2009 sehingga 2018, dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2009 sehingga 2013, perlu menanggung sebahagian besar tanggungjawab terhadap skandal LCS ini.

“Adakah Hishammuddin yang menjadi Menteri Pertahanan di antara tahun 2013 sehingga 2018 juga mempunyai perkara yang ingin disembunyikan yang dia tidak mahu didedahkan oleh sebuah RCI yang menyiasat skandal LCS ini? soal beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat