Kaji Kubur PKR Dulu, Noh Ingatkan Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas Rafizi Ramli supaya tidak sibuk mengkaji kubur Umno sebaliknya dinasihatkan adalah lebih baik Timbalan Presiden PKR itu mengkaji jangka hayat parti PKR terlebih dahulu.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengingatkan Rafizi tentang kekalahan teruk PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Melaka.

“Kaji dulu kehancuran PKR yang kalah keseluruhan kerusi bertanding di PRN Sarawak dan Melaka. Hanya satu kerusi di Johor.

“Kaji kubur parti sendiri dulu sebelum nak kaji kubur parti orang lain, ” tegas Noh memberi peringatan kepada Rafizi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata demikian sebagai ulasan kenyataan Rafizi yang meramalkan kehancuran Umno, Barisan Nasional (BN) dalam tempoh lima ke tujuh tahun dari sekarang.

Malah, kata Rafizi, turut akan terkubur bersama-sama parti berasaskan Melayu itu adalah PAS dan Bersatu. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat