Tuan Ibrahim Kecewa PAS Dianggap Tak Sesuai Di Borneo

- Advertisement -

KOTA BHARU – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan rasa kecewa apabila ada pihak, termasuk dalam parti dan sekutunya, yang menganggap agenda perjuangan parti Islam itu tidak sesuai di Borneo.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menegaskan, agenda yang dibawa oleh PAS sesuai untuk semua kaum dan agama.

“Sebab itu saya dukacita bila ada pimpinan…rakan-rakan kita menyebut PAS tak sesuai di Sabah, Sarawak dan sebagainya.

“Kita melihat agenda perjuangan yang kita bawa ini sesuai untuk semua agama,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-66, di Kota Bharu, hari ini.

Perkara ini muncul apabila tiada calon mewakili PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah malah ia hangat diperkatakan memandangkan sebelum ini PAS mengintai 10 kerusi negeri di bawah bayu itu.

Baru-baru ini seorang penganalisis politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya turut mengkritik kenyataan segelintir pihak dalam PN yang menyifatkan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan di Sabah.

“Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik. PAS memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6000 undi popular. Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh PN

“Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU14. Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulshan mengingatkan pimpinan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

Kata Perwakilan PAS Sabah itu, kenyataan seumpama itu mungkin tiada masalah di negeri lain tetapi tidak sesuai di Sabah dan Sarawak, dan pihaknya yang perlu berdepan dengan masyarakat di sana.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa PAS perlu menerjemahkan agenda perjuangannya di saat menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

“PAS mesti menjadi juara dalam menentang penyelewengan rasuah kerana PAS parti paling berintegriti,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat