Rakyat Kalabakan Rayu Najib Mahu BN Semula

- Advertisement -

KALABAKAN- Rakyat di Kalabakan memberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mereka ingin kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) untuk kestabilan dan masa depan yang lebih baik dan terjamin.

Bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya dimaklumkan rakyat di situ, Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya pandai bercakap namun gagal melaksanakan.

“Warisan cakap saja pandai, sembang kencang..buatnya tidak. Bertahun-tahun berlalu sudah, makin teruk kehidupan.

“Ada yang terpaksa merayu untuk infrastruktur.
Ada yang hidup susah akibat kekurangan pendapatan.

“Ramai terpisah dengan keluarga mencari nafkah di perantauan lain kerana langsung tiada pembangunan dan peluang di sini,” tulis Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu tidak menyangka kehadirannya di Kampung Logpond disambut ramai pengundi di situ untuk melihat sendiri calon BN di Kalabakan.

Menurut beliau, hari ini mereka keluar ke sini mahu melihat sendiri calon BN di Kalabakan.

“Mereka ingin kembali bersama BN untuk kestabilan lebih baik dan masa depan yang terjamin. Sudah tentu, inilah masanya.

“Saya Najib Razak berdiri bersama jentera dan seluruh warga BN di Kalabakan ini.

“Menyeru kepada semua, pangkah BN di hari undi,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat