#PRNSABAH: 3 DUN Jadi Pertaruhan Di Kinabatangan

- Advertisement -

Parlimen 187 Kinabatangan mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 26 September 2020 nanti. Kerusi-kerusi dalam kawasan Kinabatangan ini ialah N57 Kuamut, N58 Lamag dan N59 Sukau.

Pertarungan kerusi-kerusi dalam Parlimen Kinabatangan ini menjadi perhatian kerana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Antara yang menarik perhatian tentulah pertarungan 5 penjuru di N58 DUN Lamag. Kerusi ini DUN 58 Lamag menjadi tumpuan utama apabila Barisan Nasional Sabah mempertaruhkan ‘jeneralnya’ Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai calon.

Bung Moktar merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Pengerusi BN Sabah akan tentang oleh Mohd Ismail Ayub (Warisan), Razman Mayah (Parti Cinta Sabah), Mohd Al Ruzainir @Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan calon bebas   Junny @Karuak Abdullah Bebas

Agak sukar untuk meramal keadaan DUN Lamag kerana kerusi ini antara 13 kawasan baharu untuk DUN Sabah.

Namun DUN Lamag mempunyai 7,966 pengundi berdaftar dijangka akan memilih Bung Moktar sebagai wakil mereka pada 26 September nanti berikutan pengaruh dan khidmat bakti beliau selama Ahli Parlimen Kinabatangan selama beberapa penggal.

Selain DUN Lamag, N57 DUN Kuamut menyaksikan calon BN, Datuk Juhari Janan akan ditentang oleh Mohd Mezsi Ng Abdullah (Parti Cinta Sabah), Dr Ationg Tituh dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Benson Inggam (Upko) dan bekas ADUN Datuk Masiung Banah yang bertanding sebagai calon bebas.

Dalam PRU-14, Masiung Banah menang kerusi ini atas tiket BN-UPKO menewaskan empat calon lain dengan majoriti. 4,121 undi. Masiung  meraih undi sebanyak  8,042 manakala empat calon lain, Norfaezah Chua@ Giak Kiang (Parti Warisan Sabah) mendapat 3,941 undi, James Aik (STAR) 1,132 undi, Jumaidin Lakala (PAS) 330 undi dan Edward Podok (Parti Cinta Sabah) 205 undi.

Selepas PRU-14, Masiun Banah melompat menyertai Warisan. Bagaimanapun Warisan tidak mencalonkan beliau dalam PRN kali ini kerana dikatakan antara yang berusaha menjatuhkan Shafie dalam krisis politik Sabah Jun lalu.

Berdasarkan keputusan PRU lepas dan pembahagian pengundi dengan DUN Lamag, Juhari Janan bekas Ketua Pemuda UMNO negeri Sabah dan kini Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) dilihat mampu mempertahankan kerusi BN di Kuamut ini.

N57 Kuamut mempunyai pemilih berdaftar sebanyak 9,854 orang.

Manakala bagi N59 Sukau, Barisan Nasional akan mempertahankan kerusi ini dengan melalui Setiausaha UMNO Negeri Sabah, Datuk Jaffry Arifin.

Jaffry pemegang seorang peguam dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang akan ditentang oleh calon Warisan, Amrah Liwangsa, Malaya Kasurah dari PCS, Datuk Jakariah Janit (PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH) dan Datuk Saddji Abdul Rahman (Bebas).

Jafry seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Felcra Bina Sdn Bhd (2014-2018) dijangka akan diberi saingan sengit oleh calon bebas Datuk Saddji Abdul Rahman.

Saddji yang memenangi kerusi ini atas tiket UMNO-BN pada 2018 telah melompat kepada Warisan beberapa selepas pilihan raya.

N59 Sukau mempunyai 10,810 pengundi berdaftar. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat