#PRNSabah : Bertindih 17 Kerusi, PBS Harap PN Berjaya Rampas Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Parti Bersatu Sabah (PBS) menganggap pertembungan antara sekutu gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) serta parti itu di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 sebagai satu “pertembungan mesra.”

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Radin Malleh berkata, parti itu menyifatkan perkembangan ini secara positif dan akan memperkukuh kedudukan PN di Sabah.

“Kami menganggapnya sebagai satu pertembungan mesra. Apa yang penting ialah parti komponen PN memenangi semua kerusi yang ditandingi,” katanya.

Radin yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya PBS dalam satu kenyataan mengakui semua usaha telah dilakukan bagi mengelak berlakunya pertembungan itu namun, ia sesuatu yang sukar.

Beliau sendiri bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan BN, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Demokratik Liberal (LDP).

Menurutnya, perkara itu telah dibangkitkan dalam beberapa pertemuan berhubung pengagihan kerusi yang menyaksikan terdapat pertindihan kerusi dengan parti sekutu lain.

BN akan bertembung dengan sekutunya PN dan PBS di 17 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah iaitu Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan dan Tanjung Aru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat