Ketawakan PAS, Mereka Orang Yang Gagal – Nik Abduh Nik Aziz

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pihak yang mentertawakan PAS kerana gagal meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah mereka yang gagal, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.

Nik Abduh berkata, PAS tidak meletakkan calonnya di PRN Sabah kali ini selepas gagal menemui kesepakatan dalam perundingan dengan parti-parti rakan di Sabah.

“Ia sudah pasti amat mendukacitakan. Tetapi PAS menerimanya dengan lapang dada. Kegagalan adalah untuk hari ini. Esok bukan hari ini.

“PAS menjunjung politik akhlak yang mulia dan moral yang tinggi. Sebagaimana insan yang mulia akhlaknya membina keindahan untuk dirinya, begitulah untuk orang disekelilingnya, ia memancar cahaya buat semua rakan-rakan dan mencetus kegembiraan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut beliau, ia mesej dari PAS, rakyat mahukan politik negara yang lebih berintegriti dan sejahtera.

“Semuanya mesti bermula dengan kesepakatan sesama parti-parti politik deminya. Ia bukan mudah. Ia perlukan perjuangan berterusan. Istiqamah.

“Ada yang mentertawakan PAS. Ya, itulah senjata orang yang gagal.

“Kehendak sebenar mereka adalah PAS gagal berunding dan gagal menerima kegagalan itu lalu memberontak, melawan balik dan memecah-belahkan kesepakatan di antara parti-parti rakan dengan bertanding bersendirian di PRN Sabah.

“Dengan itu, mereka mendapat senjata paling ampuh melakukan serangan sepanjang kempen pilihanraya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan.

“Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan. PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihanraya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat