Siasatan kes Zara menjurus kepada buli sebelum kematian – JSJ

KUALA LUMPUR – Siasatan pasukan task force berhubung kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, Zara Qairina Mahathir menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini.

Menurutnya, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih berjalan dan kertas siasatan akan dirujuk dari sudut jenayah ke pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, lapor Harian Metro pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat